jangan menyangka anda sahaja yg berbuat baik

12/9/2015

Orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,
Bagi yang tidak tahu dan tidak berada didalam mungkin tidak faham dan tidak tahu apa yang berlaku.

Jangan hanya kerana kita membuat kebaikan mata hati kita tertutup melihat kebaikan yang orang lain buat dan jangan kerana orang tidak turut membantu dalam kebaikan yg kita lakukan maka kita memandang serong pada orang itu
Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri...

Mungkin bukan rezeki kita, innshaAllah andai kita ikhlas buat kebaikan yakinlah Allah pasti berikan jalan untuk kita, jangan kerana anda tidak tahu reality disebalik yang anda lihat, dengan mudah anda melabelkan orang itu mengambil kesempatan.

Dalam konteks lain pula ingin saya kongsikan di sini......

Tahukah anda sesungguhnya semua VET di dunia atau sekurang-kurangnya yang ada di Malaysia telah menolong berpuluh2 ekor kucing sama ada kucing jalanan atau kucing yang ditinggalkan oleh tuan mereka di klinik swasta atau persendirian secara percuma?
TAHUKAH ANDA ....Setiap tahun berapa banyak haiwan yang di BUANG atau DITINGGALKAN di klinik haiwan swasta /persendirian? 
  • anak haiwan yg masih kecil dibungkus di dalam plastik atau kotak kemudian ditinggalkan didepan klinik begitu sahaja
  • haiwan yang cedera dan sakit di letakan dalam kotak dan di biarkan begitu sahaja di depan klinik
  • haiwan yang dirawat dan tidak di ambil semula oleh pemilik
  • haiwan yang ditinggalkan begitu sahaja di bilik rawatan

Tentunya anda tidak tahu , jadi jangan sewenang-wenangnya anda mengatakan atau melabelkan VET dikawasan anda mengambil kesempatan atau tidak berperi kemanusian.
Jangan hanya kerana anda membantu satu dua ekor kucing atau berbelas kucing anda fikir orang lain tidak membantu kucing seperti mana anda lakukan.  Bantulah dengan ikhlas.

Kami VET persendirian dan swasta bukan pusat CHARITY yang menerima donation, derma ,subsidi atau bantuan dari pada pihak mana-mana. 

Nasihat saya kepada  anda yang suka atau bercadang kutip anak kucing kemudian bercadang meninggalkan kucing tersebut di klinik haiwan atau pusat penjagaan haiwan tanpa mengeluarkan belanja hentikan perbuatan anda, atau mungkin meninggalkan di hadapa rumah jiran anda atau rumah orang lain hentikan perbuatan ada.  Tahukah anda dengan berbuat demikan anda telah menyusahkan orang lain,  ingatlah dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Seandainya matlamat anda untuk menyelamatkan kucing tersebut, anda perlu bertanggungjawab penuh, bukan sekadar melepaskan tanggunjawab tersebut kepada orang lain.

Sekiranya anda tidak bercadang untuk bertanggunjawab menjaganya - biarkan dia bebas ditempat asal seprti mana sebelum anda menjumpainya.  Jangan sesuka hati mengambilnya dan meninggalkannya kepada orang lain.  
Fikirkan apa perasaan anda jika orang berbuat demikian kepada anda!!
Biarkan dan doakan moga ada orang yang lebih berkemampuan berjumpa dengan si comel tadi.
Kalau anda benar ingin membantu,
  • kalau kucing tersebut lapar berilah makanan 
  • kalau kucing tersebut terjatuh dalam longkah selamatkan lah dia
  • kalau kucing itu terdedah kepada ancaman, cuba letakkan ditempat yang lebih selamat.


......Bukan minta di puji jauh sekali disanjung......Hanya secebis pengertian......Dan ketenangan ......Tiba-tiba terasa sedih pula ......Tapi tak apa Allah ada ......Allah maha mengetahui ......Aku berkhidmat ikhlas kerana Allah ......Biarlah apa kata mereka ......Mereka berhak bersuara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

aku masih di sini