Gaji tak cukup

Selalu terbaca kat facebook atau mana2 lah
Iklan atau statement yg berbunyi lebih kurang macam ni "gaji RM2000 sebulan tak cukup? Ingin lebih sertai kami - anda akan dapat 3-4k sebulan"

Sejauh mana kebenaran ayat tersebut? Adakah benar sekiranya gaji yang kita terima sekarang RM2000 tidak cukup, dengan mendapat gaji RM3000 ia akan cukup. Anda pasti?

Ditambah pula dgn statement mudah hanya perlu sertai kami atau mungkin hanya perlu 2-3jam sehari atau hanya dgn facebook atau berada dirumah didepan PC dan sebagainya..
Waaahhh mudah sungguh tp kenapa agaknya pejabat2 masih lagi di penuhi oleh mereka bekerja? 

Secara sedar atau tidak iklan/statement ini memberi gambaran betapa mudahnya untuk dapat duit, inilah yg kita sogok pada generasi muda jadi tidak salah kalau mereka beranggapan mudah dapat duit duduk rumah je boleh dapat 2-3ribu

Tidak dinafikan kini ramai usahawan internet yg menjana income ribuan malah mungkin puluhan ribu.. Tapi mereka juga berkerja dan berusaha ke arah itu. Tiada jalan mudah untuk senang dan berjaya.

Tapi bukan itu persoalan yg ingin sya kongsikan- saya ingin sentuh berkaitan CUKUP atau TIDAK CUKUP.

Kalau anda pernah mendengar atau ikuti seminar pakar pengurusan wang pasti mereka akan kata 
Gaji RM2000 sebulan tidak cukup bukan kerana jumlah tersebut tidak cukup, tapi ia tidak cukup kerana anda berbelanja melebihi dari jumlah yang sepatutnya.

Dan mungkin anda pernah dengar statement atau peribahasa 
"Lagi besar periuknya, lagi banyaklah keraknya" . Ia sering merujuk kepada lagi besar gaji (income/pendapatan) lagi banyak la hutangnya! 

Sesungguhnya itulah hakikatnya, kerana kita adalah manusia yang dicipta dengan perasaan(nafsu) kepada kebendaan.

Tiada niat saya untuk menafikan hak anda untuk mencari duit / pendapatan lebih dari apa yang anda miliki atau terima sekarang. Cuma apa yg nak sy katakan di sini adalah memiliki lebih dari apa yang anda terima sekarang belum tentu menyelesaikan masalah anda! BELUM tentu ia akan cukup.
Selagi anda tidak menguruskan kewangan anda dengan baik selagi itu apa yg anda terima tidak akan cukup. 

Dan sebagai ISLAM ...paling penting adalah nawaitu kita dalam mencari rezeki... Jangan sesekali memasang niat aku nk cari duit untuk beli keta besar , rumah besar atau barang jenama..Tidak dinafikan kita mencari duit untuk keperluan seperti rumah, kerta dan lain2. Kalau itulah niat kita itulah yg kita dapat (dengan limpah kurnia rezeki dari Allah)... Kemudian apa? Adakah kita rasa puas? Sebagai manusia kita tidak akan tasa puas sbb tu apa yg kita dapat tak cukup ...
Oleh itu marilah kita sama-sama perbetulkan niat mencari rezeki kerana Allah, moga dapat rezeki yg boleh menanggun keluarga serta membantu org di sekeliling. (Peringatan untuk diri sendiri)
Terutama bagi yg berniaga .. 
Berniagalah dengan niat kerana Allah, moga dimurahkan rezeki dan moga dapat membantu orang disekeliling kita... Bukan semata mata untung, dan ingin buktikan pada org aku boleh berjaya. 

Apapun yg saya ingin kongsikan...
-hanya kita yang mampu mengubah diri dan nasib kita
-untuk berubah kita perlu ILMU & USAHA
-untuk berjaya NIAT & MATLAMAT kena betul

Sy doakan semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yg kita ceburi, usahakan dan lakukan innshaallah 

والله أعلمُ بالـصـواب

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat