SUSAHNYA MENCARI PEKERJA

Harini di facebook terbaca entri dari Linda On yang di share oleh seorang rakan
Kisahnya mengenai seorang nyona yg gigi berniaga mencari rezeki di hadapan restoran kepunyaan Linda On, dan Linda menyuarkan kesal dengan sikap remaja sekarang yg lebih rela tidak berkerja dari penat.

Entri tersebut mendapat komen dari pengguna FB, rata rata menyokong kenyataan Linda On, malah turut berkongsi pandangan terhadap mereka ini.

Kini hangat diperkatakan perihal remaja yang digelar GENERASI Y. Mereka terkenal dengan sikap sambil lewa dan bermalasan mereka. Tidak dinafikan mereka ini sangat kreatif, tapi yang sedihnya mereka kreatif tidak bertempat.

Saya sendiri beberapa kali berhadapan dengan sikap generasi Y, bagi saya segelintir mereka ini boleh la dikategorikan sebagai

  • suka kepada perkara yg menyeronokkan
  • tidak mampu dan tidak sanggup menghadapai kesusahan
  • suka bermalasan
  • tidak bersedia dan berdisiplin
  • kreatif tidak bertempat
  • kurang jati diri 
  • kurang adab dan tatasusila
  • kurang kesedaran sivik

tapi jangan salah faham , BUKAN SEMUA segelintir mereka sahaja ... dan seperti biasa yang segelintir inilah yang membawa masalah dan memberi impak kepada yang lain
Ramai daripada mereka ini yang hebat hebat...
seperti menjadi usahawan dalam usia yang muda

Selama ini saya ingat saya sahaja yg pening mencari staff ternyata ramai majikan diluar sana yang mengalami masalah yang sama.
Selama ini saya ingat saya sahaja yg mengeleng kepala melihat email, resume dan menghadapi calon temuduga rupanya ramai majikan diluar sana yang mengalami masalah yg sama.


saya ingat saya je yg susah nak cari staff.... maklumla kerja di Lynnvetclinic Lvc kan tak la seglamer kerja di sesetengah tempat :) ... klinik haiwan lah katakan ...
mana nak bersihkan sangkar kucing
mana yg nak menyapu and mop lantai

pernah jugak terdengar staff mengomel
"aku ada diploma tak kan nak sapu sampah"
"aku belajar bukan nak mop lantai, aku ada diploma la"

tapi tu la hakikatnya yang perlu ditempuh oleh peniaga atau usahawan kecil
nak cari pekerja .... pekerja demand... nak gaji melambung tinggi
bila ambil pekerja .... kos meningkat
tak ambil pekerja .... permintaan pelanggan pula sukar dipenuhi

tapi apakan daya....
nak salahkan sepenuhnya budak2 ni pun susah juga
macam mana kan?
kalau yang mewah dan berada sedikit ... di rumah sudah ada pembantu
segala kerja di galas pembantu, daripada mengemas, membasuh dan memasak
pastinya anak2 ini tidak pernah buat kerja rumah
berbeza dengan zaman kita membesar
macam saya seawal umur 10tahun dah buat kerja kerja rumah
apatah lagi zaman mak ayah kita, di umur itu sudah mula cari kayu api

kalau keluarga yang sederhana, dan ibu tidak bekerja pula
segalanya ibu yang buat
yang disogok kepada anak anak ini belajar belajar dan belajar
takpe biar ibu buat , awak belajar je ... biar pandai nanti dah besar tak perlu buat kerja2 mcm ni....
takpe biar mama buat, nanti awak penat macam mana nak belajar, ...biar pandai nanti dah besar dapat gaji besar

memang tidak dinafikan... generasi yang di labelkan generasi Y ini generasi yang manja, kerana saya juga telah beberapa kali berhadapan dengan mereka ....
tapi jika difikirkan semula...
dimana punca ianya berlaku
sedar atau tidak kita sedikit sebanyak , secara tidak langsung turut menyumbang ke arah itu ...

sekadar pandangan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat