.......cebisan rasa

Entahlah aku tidak tahu mana silapnya...
Kenapa aku terasa diri ini dipinggirkan...
Selepas malam itu...
Paginya sungguh indah...
Kusangka cerianya hingga ke petang...
Namun sangkaan ku meleset...

Adakah ini realiti kehidupan...
Selepas cinta termetri di malam hari?
Adakah ini realiti alam perkahwinan?

Tiada lagi gelak mesra...
Tiada lagi ungkapan manis penyedap hati...
Ungkapan memuji aku bagaikan bidadari yg turun dari langit...
Tiada lagi gurauan senda...
Cumbu cumbuan yang menaikkan rasa berahi...

Aku keliru...
Aku bingung...
Adakah ini yang dinamakan cinta?
Adakah ini yang dinamakan kasih?
Kenapa segala keindahan dan kebahagian semasa mula mula itu tidak berpanjangan?
Kenapa segala ayat mengayat hilang begitu sahaja?
Perlukah ia berakhir selepas malam pertama?
Adakah yang tinggal hanya sekadar kenangan?
Adakah yang tinggal hanyala komitmen dan tanggungjawab?

Sayang...
Sesungguhnya aku bingung...
Bingung dgn apa yg kulalui...
Hati ini begitu rindu denganmu...
Telinga ku rindu dgn gurauan dan kata kata manismu...
Yang bagaikan kicauan unggas menyanyi di pagi hari...

Aku pilu...
Sepilu salju...
Kedinginan masih terasa walaupun tubuhku dibaluti selimut...
Aku rindu dengan belaian mu yang menghangatkan segenap badanku...
Aku rindu dengan dengan kata kata cintamu yang menyelinap keseluruh tubuhku...

Sayang, aku cinta padamu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

aku masih di sini