Saturday, September 12, 2015

jangan menyangka anda sahaja yg berbuat baik

Posted by Lynn Yamin at 8:55 PM 0 comments
12/9/2015

Orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,
Bagi yang tidak tahu dan tidak berada didalam mungkin tidak faham dan tidak tahu apa yang berlaku.

Jangan hanya kerana kita membuat kebaikan mata hati kita tertutup melihat kebaikan yang orang lain buat dan jangan kerana orang tidak turut membantu dalam kebaikan yg kita lakukan maka kita memandang serong pada orang itu
Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri...

Mungkin bukan rezeki kita, innshaAllah andai kita ikhlas buat kebaikan yakinlah Allah pasti berikan jalan untuk kita, jangan kerana anda tidak tahu reality disebalik yang anda lihat, dengan mudah anda melabelkan orang itu mengambil kesempatan.

Dalam konteks lain pula ingin saya kongsikan di sini......

Tahukah anda sesungguhnya semua VET di dunia atau sekurang-kurangnya yang ada di Malaysia telah menolong berpuluh2 ekor kucing sama ada kucing jalanan atau kucing yang ditinggalkan oleh tuan mereka di klinik swasta atau persendirian secara percuma?
TAHUKAH ANDA ....Setiap tahun berapa banyak haiwan yang di BUANG atau DITINGGALKAN di klinik haiwan swasta /persendirian? 
  • anak haiwan yg masih kecil dibungkus di dalam plastik atau kotak kemudian ditinggalkan didepan klinik begitu sahaja
  • haiwan yang cedera dan sakit di letakan dalam kotak dan di biarkan begitu sahaja di depan klinik
  • haiwan yang dirawat dan tidak di ambil semula oleh pemilik
  • haiwan yang ditinggalkan begitu sahaja di bilik rawatan

Tentunya anda tidak tahu , jadi jangan sewenang-wenangnya anda mengatakan atau melabelkan VET dikawasan anda mengambil kesempatan atau tidak berperi kemanusian.
Jangan hanya kerana anda membantu satu dua ekor kucing atau berbelas kucing anda fikir orang lain tidak membantu kucing seperti mana anda lakukan.  Bantulah dengan ikhlas.

Kami VET persendirian dan swasta bukan pusat CHARITY yang menerima donation, derma ,subsidi atau bantuan dari pada pihak mana-mana. 

Nasihat saya kepada  anda yang suka atau bercadang kutip anak kucing kemudian bercadang meninggalkan kucing tersebut di klinik haiwan atau pusat penjagaan haiwan tanpa mengeluarkan belanja hentikan perbuatan anda, atau mungkin meninggalkan di hadapa rumah jiran anda atau rumah orang lain hentikan perbuatan ada.  Tahukah anda dengan berbuat demikan anda telah menyusahkan orang lain,  ingatlah dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Seandainya matlamat anda untuk menyelamatkan kucing tersebut, anda perlu bertanggungjawab penuh, bukan sekadar melepaskan tanggunjawab tersebut kepada orang lain.

Sekiranya anda tidak bercadang untuk bertanggunjawab menjaganya - biarkan dia bebas ditempat asal seprti mana sebelum anda menjumpainya.  Jangan sesuka hati mengambilnya dan meninggalkannya kepada orang lain.  
Fikirkan apa perasaan anda jika orang berbuat demikian kepada anda!!
Biarkan dan doakan moga ada orang yang lebih berkemampuan berjumpa dengan si comel tadi.
Kalau anda benar ingin membantu,
  • kalau kucing tersebut lapar berilah makanan 
  • kalau kucing tersebut terjatuh dalam longkah selamatkan lah dia
  • kalau kucing itu terdedah kepada ancaman, cuba letakkan ditempat yang lebih selamat.


......Bukan minta di puji jauh sekali disanjung......Hanya secebis pengertian......Dan ketenangan ......Tiba-tiba terasa sedih pula ......Tapi tak apa Allah ada ......Allah maha mengetahui ......Aku berkhidmat ikhlas kerana Allah ......Biarlah apa kata mereka ......Mereka berhak bersuara

Friday, September 11, 2015

Senyum itu Sedeqah

Posted by Lynn Yamin at 11:00 AM 0 comments
11/9/2015

As salam & good morning
Salam jumaat semua
Mereka yg beriman sering berkata
Kunci kejayaan dan murah rezeki adalah bersedekah kerana Allah telah menjanjikan ganjaran rezeki pada mereka yg bersedekah 
Tambah mereka lagi jangan tunggu kaya baru nak sedekah
Ertinya di sini nak kaya rajinlah bersedekah
Kalau nak tunggu kaya baru nak sedekah
Alamat tak kaya la kan smile emoticon
Kira macam kenalah keluar modal dulu baru dapat pulangan
Kalau tak keluar modal camne nak untung
Ni kata orang bisness la smile emoticon
Apapun pandangannya
Yang penting nawaitu kita
Ikhlas kerana Allah
Sebenarnya tak perlu nak sedekah dengan jumlah yang banyak
Cukup sekadar apa yang kita mampu
Tak perlu belanja office mate makan tengah hari kalau tak mampu cukup sekadar segelas air buat legakan kehausan atau sebiji gula gula untuk melegakan tekak
Tak perlu kutip semua kucing jalanan yang kita jumpa kalau tak mampu nak jaga di mana kemudian hari akan mendatangkan masalah cukup sekadar memberikan makanan kepada mereka
Kalau tak mampu juga
Berilah senyuman mungkin dengan senyuman anda dapat meringankan kekusutan di minda teman anda


Thursday, September 10, 2015

80's baby _ bola ketip

Posted by Lynn Yamin at 9:09 PM 0 comments
10/9/2015

80's baby
Siapa pernah main benda ni?
Sila angkat tangan macam saya 🙋
Bg yg lahir tahun 80an kalau tak pernah main benda ni tak 80's la korang haha
Main dengan abg sy Jasmin Rosaria Yamin so as usual sy la yg kena belasah kan
Pastu kena marah dgn mama saya Julie Rosaria Yamin sbb conteng belakang karpet jadi pdg bola
Kena marah dgn ayah saya Yamin Harin sebab main sampi lewat malam suh tido tak tido tido
Motif?
Cengginila
Klu di era millenium ni macam da tak selamat nak main kat padang, ada baiknya kita main yg jenis ni je la
Lepas satu-satu
Ada baiknya wujudkan tempoh bertenang
Muhasabah diri - kaji dan perbaiki
Baik pemain
Baik penyokong
Mahupun pihak pengurusan

Wednesday, September 9, 2015

Belajarlah walaupun sepotong ayat

Posted by Lynn Yamin at 9:20 PM 0 comments
9/9/2015

Alhamdulillah 
Kebetulan tadi ada kerja di KL sentral so singgahlah ke Unit Pengajian Islam UM 
G amik result peringkat 2, Alhamdulillah mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya 

Ingat lagi waktu mula kelas peringkat 1, masing2 mengeluh lamanya nak habis 3 tahun ... 
Tanpa sedar pejam celik pejam celik kelas peringkat 3 akan bermula oktober depan

Another cert to add on my collection
Actually bukan itu yg nak cuba disampaikan di sini.

Yang nak disampikan adalah...

Jangan pernah jemu untuk menimba ilmu walaupun sekadar membuat garisan lurus
Jangan pernah malu untuk menimba ilmu hanya kerana kedudukan anda sudah pun berada di atas
Jangan pernah memandang remeh pada ilmu walaupun hanya sebaris ayat


Bagi yang berminat anda boleh layari website UMCced

Sedikit berkaitan kursus yang saya ambil
Nama kursus Sijil Kemahiran Membaca AlQuran
Ada 3 peringkat
Peringkat 1
Peringkat 2
Peringkat 3


Tempoh pengajian satu semester bagi setiap pengajian , iaitu 6 bulan
Kelas 1 kali seminggu iaitu pada hari Ahad
Kelas 4 jam dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tgh hr -- 30 minit rehat 







Kalau ingin ketahui lebih lanjut email atau comment di bawah nanti saya buat entry lain k
 

double why Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review