Thursday, December 25, 2014

Andai itu yang kau pinta

Posted by Lynn Yamin at 11:18 AM 0 comments
Aku sedar aku bukanlah insan yang baik untukmu 
Namun aku telah berusaha untuk menjadi yang terbaik
Ku penuhi segala permintaan mu 
Ku jaga keperluan mu 
Tapi hari demi hari 
Kata-katamu seakan pisau menghiris kalbu

Aku hampir tidak mengenali siapa dirimu lagi
Kau berubah wajah dan watak 
Kata-kata mu pada malam itu masih terpahat di benak minda ku

Bukan aku tidak cuba melupakannya
Namun setiap kali aku hampir melupakannya 
Dirimu seakan akan sengaja mengingatkan aku dgn peristiwa itu
Malah ditambah dengan tuduhan baru 

Tuduhan demi tuduhan kau lemparkan 
Aku dikatakan oleh mu berpoya-poya 
Sedangkan aku utuh disisimu saban waktu dan ketika 

Aku bingung memikirkan 
Apasalahku?
Apadosaku?
Hingga aku dilayankan sedemikian rupa 

Sering aku bermimpi 
Kau hadir disisiku
Memelukku dan bertanya khabarku 
Bertanya tentang diriku 

Tatkala aku ditimpa musibah 
Sering aku berangan
Alangkah indahnya
Jika kau org pertama 
...yg bertanya masalah ku
...yg memberi kata-kata semangat
...yg menenangkan ku

Tapi itu semua hanya dalam mimpiku
Itu semua hanya angan-anganku
Realitinya
Engkau tidak ambil peduli

Kini
Akhirnya
Kau lafazkan juga
Yang kau tidak ingin berbicara dengan ku
Kehadiran ku hanya menjengkelkan mu
Kau tidak mahu lagi disampingku

Walaupun pedih
Aku akur 
Aku akur dgn kehendmu 
moga Dia ampunkan dosaku trhadapmu

Dengan izin dari Nya
Aku akan pergi .... Keluar dari hidupmu
Aku akan diam....andai itu buat kau bahagia

Walaupun hati ku terluka 
Bagai dihiris sembilu
Tapi aku lakukan juga 
Adalakan kau bahagia 




 

double why Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review