Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Gaji tak cukup

Selalu terbaca kat facebook atau mana2 lah Iklan atau statement yg berbunyi lebih kurang macam ni "gaji RM2000 sebulan tak cukup? Ingin lebih sertai kami - anda akan dapat 3-4k sebulan" Sejauh mana kebenaran ayat tersebut? Adakah benar sekiranya gaji yang kita terima sekarang RM2000 tidak cukup, dengan mendapat gaji RM3000 ia akan cukup. Anda pasti? Ditambah pula dgn statement mudah hanya perlu sertai kami atau mungkin hanya perlu 2-3jam sehari atau hanya dgn facebook atau berada dirumah didepan PC dan sebagainya.. Waaahhh mudah sungguh tp kenapa agaknya pejabat2 masih lagi di penuhi oleh mereka bekerja?  Secara sedar atau tidak iklan/statement ini memberi gambaran betapa mudahnya untuk dapat duit, inilah yg kita sogok pada generasi muda jadi tidak salah kalau mereka beranggapan mudah dapat duit duduk rumah je boleh dapat 2-3ribu Tidak dinafikan kini ramai usahawan internet yg menjana income ribuan malah mungkin puluhan ribu.. Tapi mereka juga berkerja dan berusaha ke arah it

BULI

Imej
Beberapa minggu lalu kita digemparkan dengan kes seorang pelajar yang dipukul oleh beberapa pelajar lain sehingga mengakibatkan kecederaan yang teruk. Kemudian berita ini di perhangatkan lagi dengan tersebarnya video yang menjadi viral, kononnya ia adalah rakaman kejadian tersebut. Kejadian dilaporkan berlaku di  MRSM Balik Pulau. Untuk pengetahuan anda video klip tersebut bukan berlaku di MRSM Balik Pulau, Presiden Bekas Pelajar MRSM Balik Pulau telah pun membuat satu laporan polis untuk menafikan fakta penyebaran video tersebut. Kejadian ini di kenali sebagai “buli”, di mana pelajar senior atau yang lebih kuat akan memukul pelajar yang lebih muda atau lemah. Bulu tidak hanya tertumpu dengan kegiatan lasak seperti “memukul” sahaja, malah mengarahkan seseorang secara paksa untuk melakukan sesuatu  yang tidak sepatutnya juga di kira “buli”, sebagai contoh membasuh baju pelajar senior, meniup lampu, mengira batu dijalanan, atau mungkin minum air rendaman baju. Kesan daripada kejadi