SME calls

As Salam....
Sekadar perkongsian ...
Subhanallah mungkin berkat mendengar alunan zikir dan selawat
Saya tergerak hati untuk "google" tentang panggilan sms semalam

Sebenarnya semalam saya dapat panggilan, my staff kata call dari "SME" , myself pun macam pelik hurm napa plak ni? rasanya takde berurusan dengan SME

Suara dihujung talian pun memakulumkan bahawasanya, syarikat saya telah terpilih untuk mendengar taklimat pembiayaan perniagaan, dalam hati hurm baru plan nak mohon dah panggil saya pun setuju untuk datang. Walaupun dalam hati tertanya-tanya, camne pulak boleh terpilih ni sedangkan aku tak mohon apa apa pun. Dia meminta nom hp untuk di SMS kan alamat pejabatnya.

selang beberapa minit saya pun menerima SMS di bawah, 


timbul persoalan , Hurm napa pulak dia suruh bawa buku cek & cop syarikat??? ni nak bagi bantuan pembiayaan ke nak minta kat kita ... ok ok try to think positif. 

Pagi ni sambil membuat kerja selepas sahur, saya teringat fasal SMS semalam , so saya pun google 
"SME level 10 TH uptown damansara" banyak yang keluar tapi yang paling significant ialah 
SME FACTORS SDN BHD .... sme factors sdn bhd?? napa pulak lain sangat bunyi nye ni 

so next step saya google " SME FACTORS SDN BHD" ...semasa ingin menaip, google memberi cadangan "SME FACTORS PENIPU" saya pun tekan enter.... buzzzz...betul sangkaan saya ia adalah scam . Saya tak pergi dan tak berani nak mengesahkan tapi dari apa yang saya baca ia adalah scam, Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini dan di sini, nak lebih kepastian sila google sendiri.

Alhamdulillah, syukur saya tidak terjebak 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat