Selamat Tahun Baru

Jam menunjukkan 12:55am ... 55minit yang lalu pasti kedengaran kemeriahan ribuan manusia mengira detik "countdown" menjelang tahun baru 2012....

Selamat tahun baru
Dalam kemeriahan ribuan manusia membanjiri lokasi lokasi tumpuan yang saban tahun menyediakan persembahan yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan ... aku tetap memilih untuk berada di rumah
Seperti biasa aku memilih untuk berada di rumah, memasak makan dan menonton rancangam di kaca tv yang tidak kurang juga hebatnya.

Apabila menjelang tahun baru, selain memiliki kalendar baru apakah yang sering menjadi perbualan setiap individu? Tak lain tak bukan ialah azam .. Apakah azam tahun baru?
Aku juga tidak terlepas atau sunyi dari merancang dan merangka azam 2012,
malah azam 2012 telah siap ku rangka ketila sambutan maal hijrah iaitu tahun baru dalam kalendar islam.
Cuma aku meletakan tanggal 1/1/2012 adalah tarikh mula,
di mana tempoh dari 27/11/11 atau 1 Muharam hingga 31/12/11 adalah tempoh peralihan bagi ku mengemaskan azam ku dan mempersiapkan diriku

Secara ringkasnya azam ku pada kali ini adalah mempertingkatkan dan memperkemaskan keimanan, ketaqwaan dan kecintaan ku kepada Maha Pencipta ku Allah, dan juga RasulNya. Dan aku juga akan memberi lebih perhatian kepada kerohanian, kecantikan dan kesihatan. Aku ingin menjadi hambaNya yang berilmu,berhemah,bertaqwa dan beriman. InsyaAllah -amin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

Belajarlah walaupun sepotong ayat