aku masih tidak mengerti


aku masih tidak mengerti
tentang kehidupan ini
adakalanya gembira
adakala duka datang bertandang

aku masih tidak mengerti
tentang erti persahabatan
adakalanya terasa diperlukan
adakalanya terasa diri disisihkan

aku masih tidak mengerti
tentang erti kejujuran yang sebenar
adakalanya ia lahir dari hati yang ikhlas
adakalanya ia sekadar untuk dipermainkan

aku masih tidak mengerti
tentang erti kata kata mereka
adakalanya aku dipuja dan dipuji
adakalanya aku di caci dan dihina

aku masih tidak menegerti
tentang erti semua ini
adakalanya aku temui jawapanya
adakalanya aku hilang arah
untuk mengerti akan segalanya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

80's baby _ bola ketip

salam maal hijrah 1435H

aku masih di sini